星期二, 九月 22, 2009

Cameron Highlands+Tuition

昨天我们一家人,表妹,表姐,三姑,四姑,二伯,二伯娘以及啊嫲去金马伦游玩
表妹及她妈坐我们的车
所以我和表妹在车上谈天,听歌等..
哈哈
他们说好过了收费站就换车
我还说表姐一定跳下车说要换车
岂料
我的四姑准备要换车时
我的二伯一声不响地走了
哈哈哈哈...很好笑
没关系啦
走了大约两小时
大家的肚子都有点饿了
就去找小食中心以填饱肚子
吃饱后
表妹立即叫表姐换车
一路上
我们有说有笑
表姐说换来我们的车
感觉上好像年轻了
xD
金马伦的路真的很弯
害得我差点头晕


PART 1
首先,我们去的地方-----茶园
那里的路真的是窄到
==
一路上,有告示牌说明要鸣笛
但他们却没这么做
所以一定要打起十二分精神
最终,我们抵达了目的地
哇,一下车
一阵冷风向我迎面而来
好凉爽哦!
哈哈
之后,我们就去厕所‘方便’
那里的厕所很干净咧
当我洗手的时候
哇,好冷啊!
过后,表妹就说要去拍照
他们就说不想上去
没力气 ==
就只有我,表妹,表姐上去而已
上去的时候有点吃力即使有楼梯
我们边走边笑
笑到几乎耗尽了我所有的体力
终于,我们抵达了山上
不是山顶,如果走上山顶,我想我上到去我已经没力了
由于我不喜欢拍照
所以我只好当她们的摄影师
不要问我为什么不喜欢拍照
我不会回答你就因为我自己也不晓得


PART 2

第二个地方----草莓园及BEE FARM
我们进去的时候看到外面的牌
入场免费...自摘草莓
写得好看...吸引
但这一切都是一个骗局,陷阱
我们进去的时候
是有看到草莓
但不可摘
==
气死!!
不过也不关我的事
因为我不吃
哈哈哈哈哈哈
表姐及表妹以及拍照
我就惨咯
做他们的摄影师
过后,四姑打电话给我表妹----即是她女儿
说有得摘草莓
表妹就说这种摘草莓的场面那可以少了我
==
有点废
不理..哈哈...继续往摘草莓的方向走
到了..看到了草莓
但大都都是不熟的
摘什么?
就干脆去买吧
那里的工人却摘到一大篮
我们摘的都不到十粒
懒惰写了
得空再跟你们分享吧
尽情期待哦... ^^


让我来说补习的时间吧
一去到那里
就想睡觉
但我还是撑着
老师进来
给了我们一张纸
就出去
半小时后才进来
哇,好久哦!
都不懂她在外面做什么
==
不理她..我赶紧做完
因为实在是太累了
早上五点就起来为了今天的行程
就小睡一会
直到老师进来
老师讲课的时候
又想睡觉
一直撑着
唉..老师终于讲完了
可惜的是,还未放学呢!
她就叫我们背一些东西
不知为何,从那一刻起
我开始精神起来了
哈哈
就这样吧
bye... =]
when I'm free,I will update about the Cameron Highlands..
please be concern about ya ...haha...xD

星期三, 九月 16, 2009

Panas Salju(just for me)again

Soalan 2:Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Tema novel ini ialah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tema novel ini dapat dikesan melalui rentetan peristiwa yang menjalin plotnya iaitu kisah kehidupan sebuah keluarga yang mengalami masalah kewangan untuk merawat anak yang sakit kronik, kerana memerlukan kos rawatan yang cukup besar jumlahnya bagi orang biasa, kecuali keluarga itu jutawan. Sikap masyarakat yang prihatin, tanpa mengira kedudukan membolehkan anak sakit ini menerima rawatan. Pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertukar nyawa untuk memberi kehidupan kepada seorang anak juga ada hubungan rapat dengan tema novel ini.Persoalan pertama ialah sabar dan cekal menghadapi kehidupan. Buktinya, Zulkifli dan isterinya, Bushrah begitu sabar dan tabah menghadapi cabaran yang menimpa mereka apabila anak gadis mereka, Nadhirah menghidap penyakit hati dan hempedu. Mereka sering berbincang dan mencari jalan untuk mengubati anak mereka.Persoalan kedua ialah kasih sayang ibu bapa. Buktinya, Zulkifli dan Bushrah amat menyayangi anak mereka sehingga sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang demi keselamatan anaknya. Bushrah pula sanggup berkorban nyawa demi melihat kebahagiaan anaknya.Persoalan ketiga ialah hidup bermuafakat. Buktinya, penduduk Bandar Tun Razak yang hidup bermuafakat telah mengadakan kenduri doa selamat sebelum Nadhirah berangkat ke London untuk menjalani pembedahan. Hal ini bermakna muafakat amat penting dalam hidup berjiran.Persoalan keempat ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Oleh sebab ingin memajukan diri, Zulkifli amat mementingkan pendidikan. Dia dan kawannya, Muliyadi berusaha sehingga berjaya memperoleh PhD.
Soalan 3:Huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak utama dalam novel ini ialah Zulkifli. Dia sudah berumah tangga dengan Bushrah dan mempunyai dua orang anak yang bernama Nadhirah dan Nazli. Dia bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur.Zulkifli seorang suami, bapa dan pekerja yang bertanggungjawab. Sebagai suami dan bapa, dia berusaha mencari kos rawatan Nadhirah. Dia juga seorang pekerja yang mematuhi peraturan di tempat kerjanya.Zulkifli seorang yang gigih berusaha. Buktinya, dia melakukan pelbagai usaha untuk mengumpul kos rawatan Nadhirah. Dia juga melakukan kerja-kerja sambilan seperti menulis skrip drama radio serta gigih memperbaiki taraf pendidikan sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.Zulkifli seorang yang cekal dan tabah hati. Buktinya, pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan dilaluinya dengan semangat yang cekal. Hatinya tabah menghadapi penyakit Nadhirah dan kematian Bushrah. Malah selepas isterinya meninggal dunia, dia tetap meneruskan pengajiannya dalam peringkat PhD. Dia tabah menghadapi saat-saat cemas sewaktu pembedahan Nadhirah dan Bushrah dijalankan.Zulkifli juga digambarkan sebagai seorang yang mengenang budi dan menghormati orang lain. Dia amat menghormati Tan Sri Shamsuddin. Yang sudi membantu kos rawatan anaknya. Zulkifli sentiasa ingat akan bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai, jiran tetangga dan orang perseorangan. Zulkifli juga amat menghormati ibu dan bapa mertuanya.

Soalan 4:Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak sampingan pertama ialah Bushrah. Dia ialah ibu kepada Nadhirah dan Nazli. Dia seorang guru yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Dia ialah isteri kepada Zulkifli dan menjadi penderma hati kepada Nadhirah. Dia meninggal dunia lima tahun selepas pemindahan hatinya ke badan Nadhirah. Dia seorang yang penyayang. Buktinya, dia sayang akan suami, anak, dan keluarga. Kasihnya kepada anak terlalu mulia apabila dia sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah demi melihat anaknya bahagia.Watak sampingan kedua ialah Nadhirah. Nadhirah ialah anak sulung pasangan Zulkifli dan Bushrah. Dia mengalami kerosakan hati dan hempedu yang dikesan ketika dalam darjah empat. Nadhirah seorang yang taat kepada orang tua. Dia amat menghormati ibu bapanya dan sentiasa mendengar nasihat daripada mereka. Nadhirah juga seorang yang berjiwa sensitif. Hatinya mudah tersentuh apabila mendengar lagu “Kasih Ibu”. Dia juga simpati kepada mangsa kemalangan yang dibantu oleh ayahnya. Nadhirah seorang yang berani. Dia berani menghadapi cabaran dan dugaan ketika menghidapi sakitnya. Dia tetap bersikap optimis dan tidak mudah berputus asa.Watak sampingan ketiga ialah Muliyadi. Beliau merupakan kawan baik Zulkifli yang juga merupakan pensyarah ITM. Beliau berkahwin dengan wanita Perancis dan mempunyai dua orang anak. Beliau seorang yang baik hati dan ikhlas. Bukitnya, ketika Zulkifli dan sekeluarga berada di London, Muliyadi sentiasa memberikan pertolongan dengan ikhlas dan memberikan sokongan moral kepada Zulkifli. Muliyadi seorang yang gigih berusaha. Buktinya, beliau begitu gigih meningkatkan taraf akademiknya sehingga ke peringkat PhD. Walaupun belajar di luar negara, dia tidak pernah melupakan asal-usulnya. Buktinya, dia tetap berjiwa Melayu dan tidak lupa akan kampung halamannya.Watak sampingan seterusnya ialah Dr. Tan Kai Chah. Beliau merupakan seorang pakar bedah hati yang terkemuka. Beliau telah menjalankan pembedahan hati sebanyak 450 kali. Beliau seorang yang baik hati dan berfikiran terbuka. Buktinya, dia dengan mudah menjalinkan kemesraan dengan keluarga Zulkifli tanpa mengira agama dan kedudukan. Beliau seorang yang cekap menjalankan tugas. Buktinya, kepakaran dan cara kerjanya yang profesional telah menunjukkan bahawa beliau seorang yang dedikasi dalam menjalankan tugas. Beliau juga seorang yang rendah diri. Walaupun berpendapatan lumayan, beliau sentiasa merendah diri.

Soalan 5:Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Novel ini ditulis mengikut kronologi. Pada bahagian permulaan atau dikenali sebagai eksposisi, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Permulaan cerita ini mengisahkan Zulkifli dan keluarganya pulang ke Kuala Linggi, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik iparnya di rumah mertuanya. Selepas itu, mereka menuju ke selatan, Felda Ulu Tebrau, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Pada majlis tersebut, Zulkifli bertemu kawan lamanya, Muliyadi yang bertugas sebagai pensyarah ITM Shah Alam.Perkembangan cerita ialah bahagian pengarang memperkenalkan lebih banyak watak dan cerita dilanjutkan dengan pelbagai peristiwa. Pada bahagian ini, Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang masih jauh daripada mencukupi. Mereka kemudiannya meminta bantuan pihak media bagi memohon simpati masyarakat. Pada waktu inilah, mereka memanjatkan kesyukuran apabila Tan Sri Shamsuddin telah bermurah hati mendermakan RM350,000 untuk menjayakan pembedahan Nadhirah di London.Pada bahagian perumitan atau konflik, Bushrah dikatakan mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tindakannya mendapat sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, Bushrah tetap dengan keputusannya. Sebelum mereka berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah mengadakan kenduri doa selamat untuk Nadhirah.Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah telah sampai di London. Mereka menjalani pembedahan di Hospital King’s College. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam tersebut diketuai oleh pakar bedah dari Malaysia, Dr. Tan Kai Chah. Akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan. Kejutan peristiwa pada bahagian ini ialah kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan.Pada bahagian peleraian atau akhir cerita, pengarang lebih tertumpu pada kehidupan Zulkifli sekeluarga selepas kematian Bushrah. Nadhirah telah lulus Diploma perakaunan dan bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Kemudiannya dia berkahwin dengan seorang pakar bedah. Zukifli pula melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD manakala Nazli meneruskan pelajarannya di Kuala Kangsar.

Soalan 6:Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Teknik plot pertama ialah teknik saspens. Teknik ini menyebabkan pembaca akan tertanya-tanya tentang perkara yang berlaku. Buktinya, pengarang memasukkan teknik saspens pada awal cerita apabila sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terjunam ke dalam parit semasa Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Melaka. Pembaca tertanya-tanya keadaan mereka berdua.Teknik kedua ialah kejutan. Teknik ini dimasukkan dan menambahkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Dalam novel ini, kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan ialah teknik kejutan. Teknik ini memberi kejutan kepada pembaca Hal ini demikian kerana sebelum ini, tidak ada tanda-tanda Bushrah menghadapi kesan buruk pembedahan yang dilaluinya.Teknik ketiga ialah dialog. Dialog bermaksud pertuturan antara watak dalam novel. Kebanyakan dialog berlaku antara Bushrah dengan suaminya. Buktinya, “Kita mesti hadiri kursus anak cemerlang itu. Kalau tak, kita rugi besar”, kata Zulkifli sambil menghadap sarapan pagi.Teknik penceritaan keempat ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Buktinya, “Ya Allah, ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk mengangkat kedua-dua mangsa ini ke dalam kereta,” doa Zulkifli dalam hati.Teknik imbas kembali juga banyak digunakan dalam novel ini. Teknik ini digunakan semasa pengarang memasukkan unsur ingat semula fenomena kemalangan di Sumatera Utara, Indonesia. Pihak berkuasa di sana dikatakan meletakkan kereta yang remuk di bahu jalan sebagai peringatan kepada pemandu lain agar tidak memandu terlalu laju hingga membawa maut.

Soalan 7:Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar tempat memainkan peranan penting dalam setiap plot cerita. Latar tempat pertama ialah Hospital Seremban. Buktinya, kedua-dua mangsa Sikh yang terlibat dalam kemalangan dihantar oleh Zulkifli untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Latar tempat kedua ialah Kuala Linggi, Melaka. Di sinilah rumah keluarga Bushrah. Pada awal cerita pengarang menceritakan kenduri arwah yang dijalankan. Di sini jugalah Nazli ditumpangkan selama Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah berada di London. Selepas pulang dari London, Zulkifli juga singgah di rumah mertuanya sekejap sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Latar tempat ketiga ialah Felda Ulu Tebrau. Tempat ini ialah kampung Zulkifli. Zulkifli pulang ke kampung semasa menghadiri majlis perkahwinan adiknya dan berjumpa dengan kawan lamanya yang bernama Muliyadi di situ.Latar tempat keempat ialah Sekolah Bandar Tun Razak (2). Di sinilah Bushrah bekerja sebagai guru. Setelah penderitaan Nadhirah disiarkan dalam surat khabar, warga sekolah tersebut melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu Nadhirah.Latar tempat seterusnya ialah Hospital King’s College. Di hospital inilah Nadhirah dan Bushrah menjalani pembedahan pemindahan hati. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam itu telah berjaya dilaksanakan oleh Dr. Tan Kai Chah.

Soalan 8:Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar zaman atau masa dalam novel ini ialah zaman moden. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar masa seperti yang dinyatakan oleh pengarang. Latar masa pertama ialah subuh. Pada waktu inilah Zulkifli, Bushrah, dan Nadhirah bersolat subuh berjemaah, kemudian bersarapan pagi.Latar masa kedua ialah waktu tengah hari. pada awal cerita, pengarang memasukkan waktu tengah hari semasa kereta Zulkifli rosak berhampiran Simpang Renggam. Namun begitu, dia dibantu oleh seorang lelaki yang bernama Cheng Guan.Latar masa ketiga ialah petang. Semasa Nadhirah menjalani rawatan di London. Dr. Tan kai Chah telah menetapkan pembedahan yang akan berlangsung selama 14 jam tersebut bermula pada pukul 2 petang. Pada pukul 2 petanglah Nadhirah dibius.Latar masa keempat ialah waktu malam. Pada waktu malam sebelum Nadhirah berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah bekerjasama menjayakan kenduri doa selamat.Latar tempat seterusnya ialah lima tahun selepas pembedahan. Pada pukul 4.00 pagi hari Jumaat, Bushrah meninggal dunia di ribaan suaminya.

Soalan 9:Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat ini terbahagi kepada dua jenis, yakni golongan biasa dan golongan kaya raya. Buktinya, golongan biasa diwakili oleh keluarga Zulkifli dan penduduk di taman perumahannya yang hidup harmoni. Namun begitu, Tan Sri Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang kaya raya tetap tidak sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah.Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh ibu bapa Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang tinggal di Felda Ulu Tebrau. Masyarakat kampung dikatakan lebih mengamalkan perpaduan terutamanya semasa menjayakan sesuatu majlis.Latar masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan wartawan. Buktinya, Zulkifli bekerja sambilan sebagai penulis skrip radio. Selain itu, Mohammad Yusuf bekerja sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan Melayu.Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah digambarkan sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Cikgu Khairani juga memainkan peranan yang penting dalam novel ini kerana beliaulah yang selalu datang ke rumah Nadhirah apabila Nadhirah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting dalam masyarakat.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa. Latar masyarakat ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda Cina yang bernama Cheng Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya manakala pemuda Cina yang bernama Cheng Guan membantu Zulkifli yang mengalami kerosakan kereta di Simpang Renggam.

Soalan 10:Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.[ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Nilai pertama ialah baik hati. Zulkifli digambarkan sebagai seorang yang baik hati kerana membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dia telah membantu pasangan Sikh yang mengalami kemalangan.Nilai kedua ialah kerajinan. Watak seperti Zulkifli dan Muliyadi mengamalkan nilai ketekunan. Mereka berdua belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat PhD. kejayaan mereka dalam bidang akademik perlu kita teladani.Nilai ketiga ialah kejiranan. Tindakan masyarakat di tempat tinggal Zulkifli sememangnya mengamalkan sikap kerajinan terutamanya semasa menjayakan kenduri doa selamat. Nilai ini perlu ada pada semua penduduk di Malaysia.Nilai keempat ialah kerjasama. Nilai ini jelas kelihatan pada penduduk desa yang mengamalkan kerjasama semasa menjayakan sesuatu majlis. Buktinya, masyarakat desa di Felda Ulu Tebrau bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan adik Zulkifli.Nilai kelima ialah kesyukuran. Oleh sebab syukur dengan kurniaan Tuhan atas nikmat dan kekayaan yang dimiliki, Tan Sri Shamsuddin telah insaf akan kuasa Tuhan dan mengambil keputusan untuk mendermakan RM350,000 untuk meringankan keperitan Nadhirah.

Soalan 11:Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Terdapat beberapa pengajaran dalam novel ini. Pengajaran pertama ialah kita mestilah bersabar apabila menghadapi masalah. Buktinya, Zulkifli dan Bushrah tetap bersabar menerima takdir yang menimpa keluarga mereka. Penyakit Nadhirah dan pandangan masyarakat terhadap mereka dihadapi dengan sabar.Pengajaran kedua ialah kita tidak harus cepat berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Buktinya, Nadhirah pernah menjalani pembedahan tetapi penyakitnya tidak sembuh. Zulkifli tetap yakin bahawa penyakit Nadhirah akan sembuh dan melakukan pelbagai usaha untuk mengumpulkan kos pembedahan Nadhirtah.Pengajaran ketiga ialah kita mestilah mensyukuri nikmat dan anugerah Tuhan. Buktinya, Tan Sri Shamsuddin begitu insaf akan rezeki yang melimpah ruah yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Oleh sebab itu, dia sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah.Pengajaran keempat ialah kita haruslah menuntut ilmu tanpa mengira usia. Buktinya, Zulkifli tetap meneruskan hasratnya menuntut ilmu ke peringkat ijazah dan PhD walaupun sudah berkeluarga dan bekerja.Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah menghargai pengorbanan orang lain. Buktinya, Zulkifli amat menghargai pengorbanan isterinya, Bushrah yang menderma sebahagian daripada hati kepada anaknya, Nadhirah.

Soalan 12:Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah]JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah penggunaan diksi atau istilah perubatan. Antara contoh diksi tersebut yang terdapat dalam novel ini ialah hemoglobin, glukosa, asid laktik, glikogen, virus, bakteria dan banyak lagi. Gaya bahasa kedua ialah sinkof. Buktinya, tak usah, istana ni, gitu, kau. Penggunaan singkatan kata ini banyak wujud dalam dialog.Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:Selagi nafas berdenyut, selagi itulah kita mesti mencari ilmu. Perkataan selagi diulang sebanyak 2 kali.Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli. Dalam contoh tersebut, matahari digambarkan mempunyai sifat manusia, iaitu membakar.Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Buktinya, cari jalan, khabar angin, gulung tikar, janji-janji manis, mata pencarian dan banyak lagi.

Meniti Kaca (just for myself)

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.[ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Tema novel ini ialah kegigihan dan ketabahan seorang anak remaja mengharungi hidup. Nazar, seorang remaja yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dan tabah menghadapi dugaan.Persoalan pertama ialah semangat perpaduan. Semangat ini tergambar pada keluarga Ah Seong yang sentiasa memberi sokongan moral kepada Nazar agar tabah menghadapi dugaan hidup.Persoalan kedua ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Sikap gotong-royong dan bekerjasama amat ketara pada masyarakat desa. Atas rasa simpati dan tanggungjawab bersama, orang kampung sanggup bekerjasama mencari Mahyun yang hilang, sehingga mayat Mahyun ditemui dan menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan secara bekerjasama.Persoalan ketiga ialah keluhuran budi dan baik hati. Selain Ah Seong, Kim Moi, dan Ah Leong yang memiliki sifat belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, dan saling memahami, Mak Miah, Pak Sehak, Pak Sahar, dan Zainab turut memiliki sifat sedemikian. Mereka mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh Nazar dan menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Nazar.Persoalan keempat ialah buruk sangka dan memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar
bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.

Soalan 3:Huraikan Watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji.[ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak utama dalam novel ini ialah Nazar. Nazar seorang yang tabah. Buktinya, dia menghadapi penyakit ibunya yang nanar dengan tabah.Selain itu, Nazar digambarkan seorang remaja yang bijak dan pandai. Hal ini demikian kerana dia mendapat lima unit dalam peperiksaan PMR. Hal ini menyebabkan dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.Tambahan pula, Nazar seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi ibu bapanya. Dia tidak sanggup berpisah dengan ibunya yang dimasukkan ke hospital. Dia juga berasa cemas apabila ibunya hilang.Namun demikian, Nazar juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran matang. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda dirinya telah diterima dengan penuh kesabaran. Dia menganggap semua yang berlaku itu ujian Tuhan. Demikianlah perwatakan Nazar sebagai watak utama.

Soalan 4 :Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak sampingan pertama dalam novel ini ialah Pak Sahar. Pak Sahar merupakan bapa kepada Nazar. Dia bekerja sebagai pegawai luar di Lumut. Beliau seorang ayah yang penyayang. Buktinya, dia amat menyayangi dan mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga amat menyayangi isterinya, Mahyun. Dia berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit isterinya. Oleh sebab sakit, dia meninggal dunia semasa Nazar berada dalam tingkatan 4.Mahyun merupakan salah seorang watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini. Dia ialah ibu kepada Nazar dan isteri kepada Pak Sahar. Dia berpenyakit nanar sejak melahirkan anak keduanya. Dia seorang wanita yang berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit. Mahyun suka bernyanyi. Oleh sebab mempunyai suara yang merdu, Nazar pernah mendengar ibunya menyanyi dengan suara yang merdu. Dia juga seorang yang suka merayau. Dia selalu bertandang ke rumah jiran dan berleter di anak tangga. Dia meninggal dunia semasa cerita mencapai klimaksnya.Watak sampingan seterusnya ialah Zainab. Zainab merupakan anak kepada Pak Sehak, dia mempunyai seorang adik bernama Fauzi. Dia seorang gadis remaja sebaya Nazar dan memiliki paras rupa yang cantik kerana mempunyai lesung pipit. Zainab seorang yang rajin. Dia rajin menghantar makanan kepada Nazar dan rajin mengulang kaji pelajaran. Zainab seorang yang mudah bersimpati dan penyayang. Dia menyayangi, bersimpati dengan nasib malang yang dialami oleh Nazar.Ah Seong juga merupakan salah satu watak sampingan. Dia merupakan jiran Nazar. Ibunya bernama Kim Moi dan ayahnya, Ah Leong. Dia mempunyai dua orang adik iaitu Ah Meng dan Ah Leng. Dia seorang yang baik hati terhadap rakan dan jiran. Dia membantu rakan sebayanya, Nazar setelah Mahyun didapati hilang dari rumah. Dia memberitahu Sidang Seman mengenai perkara itu. Dia juga seorang yang rajin. Dia selalu belajar bersama-sama Nazar dan Zainab. Ah Seong seorang yang mudah bersimpati. Dia amat bersimpati atas dugaan yang menimpa Nazar. Dia sentiasa menasihati Nazar agar bersabar.

Soalan 5 :Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Nazar yang pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang.Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila Pak Sahar mengambil tindakan menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit Mahyun. Penyakit Mahyun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari, Mahyun didapati hilang dan akhirnya dia ditemui mati.Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, pelbagai masalah dihadapi oleh Nazar. Ketiadaan ibu dalam keadaan dia hampir menduduki peperiksaan PMR, dia mendengar desas-desus ayahnya akan berkahwin lagi. Sementara itu, hubungannya dengan Zainab telah disalah anggap oleh penduduk kampung sehingga dia dilarang oleh ayahnya belajar bersama-sama dengan Zainab. Ayahnya pula sering sakit dan penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari.Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini, Nazar yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh telah dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi yang memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, Pak Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital.Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, jenazah Pak Sahar selamat dikebumikan. Nazar terus belajar di sekolah berasrama penuh dengan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Soalan 6:Teknik Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Dalam novel ini, terdapat beberapa teknik penceritaan yang penting. Teknik penceritaan pertama ialah dialog. Pengarang banyak menyelitkan perbualan antara Nazar dengan ayahnya, Pak Sahar.Teknik plot kedua ialah monolog. Monolog ialah teknik bercakap sendirian. Buktinya, Nazar membisikkan kepada dirinya bahawa emak tidak mengalami sakit jiwa seperti yang dianggap oleh kawan-kawannya.Teknik ketiga ialah teknik monolog dalaman. Monolog dalaman ialah kata-kata yang hanya terbit dalam hati seseorang watak. Buktinya, hati Nazar berbisik apabila mendapati ibunya tiada di rumah dan hatinya tertanya-tanya ke mana emaknya pergi.Teknik keempat ialah imbas kembali. Imbas kembali bermaksud pengarang memasukkan unsur ingat semula kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku. Contohnya, apabila berjauhan daripada ibunya, Nazar teringat akan ibunya yang pandai menyanyi.Teknik seterusnya ialah teknik imbas muka. Teknik ini juga dikenali sebagai ramalan pengarang dalam sesebuah penceritaan. Biasanya pengarang memasukkan perkataan seperti “akan” dalam petikan cerita. Buktinya, Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dia mungkin akan mendapat sepuluh atau lima belas unit.

Soalan 7:Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar tempat pertama ialah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Buktinya, Mahyun dirawat di situ.Latar tempat kedua ialah rumah Nazar yang terletak di Kampung Kota. Buktinya, Nazar yang baru pulang ke rumah mendapati bahawa ibunya telah hilang entah merayau ke mana. Selepas itu, dia pergi ke rumah Kim Moi untuk bertanya tentang tempat yang ditujui oleh ibunya sejak pagi tadi.Latar tempat ketiga ialah di sungai. Ibunya meninggal dunia di kawasan sungai kerana tersepit di celah-celah pokok kelapa. Tempat ini telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Nazar.Latar tempat keempat ialah rumah Mak Miah. Rumah Mak Miah berdekatan dengan rumah Nazar. Biasanya Zainab menghantar makanan dari rumahnya ke rumah Nazar dengan berjalan kaki sahaja.Latar tempat kelima ialah Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Di sinilah Nazar meneruskan persekolahannya dalam peringkat menengah tinggi. Sekolah ini ialah sebuah sekolah yang berasrama penuh dan Nazar tinggal di asrama.

Soalan 8 :Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Jarak masa novel ini berlangsung adalah lebih kurang dua tahun. Cerita bermula semasa Nazar berada dalam tingkatan dua dan berakhir ketika Nazar memasuki tingkatan 4 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.Latar masa siang banyak digunakan oleh pengarang. Buktinya, Zainab menghadiahi Nazar sebuah kotak muzik sebelum Nazar bertolak ke sekolah berasrama penuh di Ipoh.Latar waktu senja juga digunakan oleh pengarang. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bergerak mencari Mahyun yang hilang.Latar masa malam juga berlaku dalam perjalanan cerita novel ini. Buktinya, pada waktu malam, Mak Miah dan Pak Sehak mengunjungi rumah Pak Sahar dan mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi selepas kematian Mahyun.

Soalan 9:Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kampung. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk Kampung Kota yang terdiri daripada Mahyun, Nazar, Pak Sehak, Mak Miah dan banyak lagi. Penduduk kampung ini tinggal dalam keadaan damai dan sejahtera. Mereka diketuai oleh Sidang Seman.Latar masyarakat kedua ialah masyarakat Cina. Masyarakat ini diwakili oleh Kim Moi dan Ah Leong yang mempunyai anak-anak yang bernama Ah Seong, Ah Meng, dan Ah Leng.Latar masyarakat ketiga ialah masyarakat yang bekerjasama. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bekerjasama mencari Mahyun yang hilang.Latar masyarakat keempat ialah masyarakat pelajar. Buktinya, Nazar, Zainab, dan Ah Seong merupakan golongan pelajar yang rajin berusaha dan sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama untuk menghadapi peperiksaan PMR.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang suka memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.

Soalan 10:Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Nilai pertama ialah kegigihan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.Nilai kedua ialah bekerjasama. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.Nilai ketiga ialah keyakinan. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.Nilai keempat ialah kasih sayang. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.Nilai seterusnya ialah hormat-menghormati. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 11:Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Pengajaran pertama ialah kita mesti gigih berusaha untuk menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.Pengajaran kedua ialah kita harus mengamalkan sikap bekerjasama terutama apabila menghadapi sesuatu masalah. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.Pengajaran ketiga ialah kita patut mempunyai keyakinan dalam semua hal yang kita buat. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.Pengajaran keempat ialah kita harus saling menyayangi antara satu sama yang lain. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.Pengajaran seterusnya ialah kita mesti hormat-menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 12:Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Lama-kelamaan wajah-wajah itu hilang bagaikan ketulan air batu yang mencair. Contoh kedua ialah Istana sepi bagaikan gua.Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Api kemarahan rupanya masih lagi membara di lubuk hati Pak Sehak. Api ialah unsur konkrit manakala kemarahan ialah unsur abstrak.Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:Apakah ayah akan berkahwin lagi?Apakah ayah sudah tidak sayangkan ibu lagi?Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Perasaan cemas mula bergayut di wajah Kim Moi dan angin bulan Oktober yang lembap itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong. Dalam contoh tersebut, angin mempunyai sifat manusia yang boleh menampar.Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” dan “tepuk air di dulang, sedikit sebanyak terpercik juga ke muka sendiri”.

星期一, 九月 14, 2009

Happy Day

yesterday was a happy day
haha
when I reached there
it's not the exactly time to start
so I took out the book and study
while she was not here
I took out the homewrok that given by Mrs.Kumar and did it
when I'm done
she haven't came in yet
because had 5 more minutes
so I continued to read ...
when she came in
she said that write an essay first
later only gave you a test
we started to write the essay
while doing the essay
there's a lot of jokes
funny
haha..xD
cant remember at all
so cant tell you about the jokes
I spent about 55 minutes to write the essay
because the essay was too long
but they spent almost 1 hour 20 minutes to finish it
lame la!
so slow lo
almost the time can back already
I am the first one who done the essay
I am also the first one who done the test
haha
xD xD xD xD

happy day...
enjoy it ^^

Saturday 12/9/2009

on Saturday that day
when I went downstairs
she haven't reached yet
so I stand at my father's parking there waiting for her
at about 5 minutes
she was here
because of a car was there
so she cant drove in ==
the car was so lame
I hate the person who likes to convenience ownself
not think about others
self-centered
I hate the most !!
when I reached there
as usual
waiting for primary school's came out
we only can went in
she gave us one piece of paper
but there got two essays
we were supposed to write the two essays
when I finished the two essays
was nothing to do actually
then I thinked about she said that have to memorize the word that she gave us on Monday
so I took it out and read it
after that
she saw majoriti of us were finished writting the two essays
she gave another essay for us to write
she said that for those who want to write one more essay
went in front and took yourself
for those who don't want
just sat there
due to my body got some problem
so I asked my friend to help me take the essay
she said 'I don't want'
then I said'help me take will die a'?
she said 'ya'
fainted ==
she also scolded teacher crazy de
lame !!
still have half an-hour can write one more essay la,ok?
PMR is getting near
so can pratice ma...
have you ever heard'pratice makes perfect'
that's why we should practice and improve
she might sat there and did nothing
lame!
I ignored her and continued to read the spelling
finally,reached the time to go back
teacher went in
I thought that she will ignored me
but she was no in fact
even smile to me
lol..
at the moment
my mood change to happy
and not be sad again
haha ^^

I hope can happy everyday and forever =]

星期二, 九月 08, 2009

PMR is getting near

PMR is getting near
I haven't done all of the revision
others almost done
and for now
they are do some practice to improve
bcuz they were done their revision during holidays
how about me?
haven't done the revision even 1 subject also
haiz...
why we must do revision at the eleventh hour?
why we cant do revision during holidays?
why we must play games or whatever when we were back from skul?
why we cant b serious abit?
now we having a Program Pecut PMR
so that we can improve and know more about some of the questions will come out in PMR
every time said dat must do revision
but...
also didn't do
bcuz some of the reason
have to postpone
after that....lazy to do ad...
haiz...!!
God...please guide me along the way
I know I just say is useless
but I promise I will do it
that means I will do it too...
GAMBATEH...
U CAN DO IT...
TRUST YOURSELF... ^^
bye~